Selasa, 3 Februari 2015

JARANG2 PEMIMPIN MELAYU..Tahniah atas keberanian..

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz Kuala Lumpur: Polis akan berjumpa dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang ini, bagi merakam percakapan beliau berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan itu akan diambil pegawai penyiasat sebaik Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu selesai menghadiri mesyuarat kabinet hari ini. "Polis akan merakam percakapan beliau berhubung kenyataan yang telah dibuat. Dan polis turut akan memanggil pemimpin daripada parti MCA, Gerakan dan DAP yang turut membuat kenyataan berhubung kenyataan yang dikeluarkan menteri terbabit baru-baru ini," katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebentar tadi. Khalid turut menyeru agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun membincangkan secara terbuka isu yang boleh mencetuskan ketidak harmonian di negara ini. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505 B kerana membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kegusaran di kalangan masyarakat. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28543#sthash.oUizapKM.dpuf

Isnin, 2 Februari 2015

Tunggu Dan lihat...

SEREMBAN – “Saya tidak takut sebab saya dalam penjara lapan tahun masih steady. Sebab itu saya buat keputusan akan tetap hadapi 10 hari bulan ini di mahkamah. Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira 400 penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir pada ‘Ceramah Rakyat Hakim Negara’ di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini, kelmarin. Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua. Menurutnya, dia sesekali tidak akan melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak dan menyerahkan kepada ALLAH SWT tentang nasibnya berhubung keputusan penghakiman kes Liwat II yang akan dihadapinya pada 10 Februari ini. “Saya bertawakal sesungguhnya ALLAH kasih kepada mereka yang bertawakal kepadanya. "Saya tidak akan lari dan tak takut. Apa-apa pun saya akan teruskan perjuangan, jika bebas Alhamdulillah dan jika masuk penjara, saya akan terus lawan kerana ini bukan hanya soal Anwar. “Saya tidak mahu cerita secara lanjut kerana semua tahu. Sebab itu bila orang tanya sama ada saya yakin bebas? Saya cakap boleh, jika ikut undang-undang, tapi kalau sebaliknya itu di luar pertimbangan saya,” katanya.
Related Posts with Thumbnails