Khamis, 31 Disember 2009

Hakim Tak Betul

Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah
Hazlan Zakaria
Dis 31, 09
6:17pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Isnin, 28 Disember 2009

Islam Di Mata

Mentua kepung rumah
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Tindakan mengepung kediaman Dr Rosli dan isteri, Ilyani Mohd Noor, 30, itu dipercayai dilakukan selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa gagal mematuhi perintah mufarakah dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang pada 21 Disember lalu.

Difahamkan, Dr Rosli bersama Ilyani dikatakan pulang ke rumah sewa terbabit kira-kira jam 9 pagi semalam selepas beberapa hari menghilangkan diri tanpa dapat dikesan bapa mentuanya.Sebaik mendapat tahu kepulangan Ilyani dan Dr Rosli, Mohd Noor meminta bantuan beberapa rakannya mengepung rumah berkenaan, kira-kira jam 3 petang.Keadaan menjadi tegang apabila satu lagi kumpulan dipercayai penyokong Dr Rosli tiba dan mengawal rumah dua tingkat itu sebelum melarang mana-mana pihak membuat liputan atau merakamkan gambar.Bagi memastikan keadaan terkawal, beberapa anggota polis mengawal persekitaran rumah itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.Kira-kira jam 7.15 malam tadi, Mohd Noor yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih tiba di perkarangan rumah terbabit.Dia kemudian dilihat berbincang dengan beberapa rakan sebelum meminta mereka tidak menimbulkan sebarang kekecohan, sebaliknya terus menunggu di depan rumah terbabit hingga jam 8 pagi esok (hari ini).

Kira-kira jam 7.30 malam, Mohd Noor dilihat berbual dengan Ilyani dari luar rumah itu dan meminta anak sulungnya itu menunjukkan surat nikah yang mengesahkan mereka sudah berkahwin secara sah.Bagaimanapun, permintaan Mohd Noor untuk melihat kandungan surat terbabit tidak dipenuhi anak perempuannya itu sebelum seorang lelaki mengarahkan Dr Rosli menutup pintu rumah berkenaan.
Ketika ditemui untuk mengulas perkara itu, Mohd Noor berkata tindakan mengepung rumah anaknya itu akan dilakukan sehingga dia memohon waran tangkap pasangan berkenaan daripada mahkamah syariah, hari ini.“Kita perlu tunggu sampai esok (hari ini) untuk mendapatkan surat daripada hakim Mahkamah syariah Kota Bharu. Kita perlu tunggu (kepung) untuk elak dia (Dr Rosli) lari. Kalau dia lari, tidak ada bukti.

“Surat kebenaran untuk mendapatkan waran tangkap perlu. Sekarang waran tangkap belum dikeluarkan lagi kerana waktu pejabat sudah habis dan penguat kuasa tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah terbabit, malam tadi.Mohd Noor mendakwa Dr Rosli melanggar perintah mahkamah syariah yang mengarahkannya tinggal berasingan dengan Ilyani sehingga kes tuntutan pembatalan perkahwinan difailkan terhadapnya selesai.

“Dia melanggar arahan sebab mahkamah sudah putuskan pada perbicaraan 21 Disember lalu untuk mereka mufarakah dan nampaknya dia (Dr Rosli) melanggar peraturan yang melarang mereka tinggal bersama hingga kes selesai.“Sekarang jelas mereka berada bersama. Saya pun tak tahu siapa lagi ada di dalam (rumah). Dia (anak perempuan) sudah lama menyewa rumah ini dan baru balik pagi tadi (semalam),” katanya.Menurutnya, sebaik melepaskan jawatan pada 22 Disember lalu, anak perempuannya gagal dikesan sebelum menghantar pesanan melalui Internet mengesahkannya selamat dan sedang berehat.
“Bila saya balik ke rumah, dia (anak) tidak boleh dikesan. Tapi, bila saya periksa dia hantar mesej dan kata selamat. Kenyataan itu dikeluarkan dalam sebuah laman sosial yang turut menyatakan dia nak pergi berehat.
“Kalau dia (anak) kata nak pergi rehat, saya banyak rumah rehat dan saya boleh bagi. Saya boleh bagi rumah di Shah Alam, apartmen di sini pun ada dan dia perlu pergi sendiri dan mengapa perlu lari,” katanya.

Pada prosiding 21 Disember lalu, Dr Rosli diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu supaya berpisah dan tinggal berasingan dengan Ilyani sehingga kes mereka dibicarakan pada 26 April depan.

Perintah itu dikeluarkan selepas bapa mentuanya menolak hasrat Dr Rosli untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Hakim Mohd Yusof Awang dalam keputusannya memerintahkan pasangan terbabit mematuhi perintah mufarakah yang dikeluarkan sejak 9 November lalu.

Mahkamah juga akan memberi keutamaan terhadap kes berkenaan dengan mempercepatkan perbicaraan bagi mendapatkan jalan penyelesaian kerana menyentuh kepentingan awam dan hukum syarak.Mohd Noor dalam penyataan tuntutan pembatalan perkahwinan anaknya menamakan Dr Rosli serta Ilyani sebagai defendan pertama dan kedua.Berdasarkan afidavit yang terkandung dalam pernyataan itu, Mohd Noor selaku bapa kandung dan wali mujbir (wali sah) kepada Ilyani mendakwa pasangan itu berkahwin di Masjid Subang Airport, Selangor, pada 26 Disember 2008.

Dia tidak bersetuju dengan perkahwinan itu disebabkan mengesyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan kerana mendakwa tatacara perkahwinan serta surat akuan nikah terbabit adalah dokumen tidak sah.

Jumaat, 25 Disember 2009

Kronologi Orang Luar

Demi Islam, orang Kelantan rela undi calon luar
Subky Abdul Latif
Dis 24, 09
6:52pm
Dalam pilihan raya umum yang pertama pada 1959, sama seperti pilihan raya umum sebelumnya pada 1955, pilihan raya peringkat Parlimen tidak dijalankan serentak dengan pilihan raya di negeri-negeri.

Malah pilihan raya negeri-negeri pula tidak serentak. Ia dimulakan di Perlis, kemudian di Kedah dan dari satu negeri ke satu negeri hinggalah yang terakhirnya di Kelantan. Selepas semuanya selesai, barulah diadakan pilihan raya Parlimen.

Hasil daripada pilihan raya-pilihan raya negeri itu, PAS kalah di semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.

Keputusan itu menyebabkan PAS membuat strategi meletakkan sebahagian daripada barisan pemimpin nasionalnya bertanding di Kelantan dan Terengganu supaya pemimpin-pemimpin pentingnya dapat dihantar ke Parlimen.

Jika tidak dibuat demikian, sukar untuk menempatkan pemimpin-pemimpin penting itu ke Parlimen dan institusi penting itu mempunyai anggota-anggota berkaliber.

Maka keputusan itu dirundingkan dengan PAS di negeri-negeri berkenaan; Kelantan dan Terengganu bersetuju untuk menerima calon dari luar. PAS menghantar empat tokoh bertanding di Kelantan dan tiga di Terengganu.

Mereka yang bertanding di Kelantan termasuklah profesor Zulkifli Mohamad, Datuk Raja Hanifah, Othman Abdullah dan Haji Ahmad Perai. Di Terengganu pula, Dr Burhanuddin al-Hilmi, Hasan Adli dan Khadijah Sidik.

Bukan PAS saja yang membuat strategi demikian. Parti Negara kalah di semua negeri kecuali beberapa orang berjaya di DUN Terengganu telah mengadakan perundingan dengan PAS, maka PAS memberi laluan kepada Datuk Onn Jaafar bertanding di Terengganu.

Onn, sebagai yang dipertua agung Parti Negara, kalah di Batu Pahat dalam pilihan raya umum tahun 1955 dan beliau juga kalah dalam satu pilihan raya kecil di Johor selepas itu.

Dengan beberapa kerusi DUN yang dimenangi oleh Parti Negara belum memungkinkan Onn menang kerana kawasan yang dimenangi partinya itu tidak dalam satu kawasan parlimen.

Oleh sebab kawasan-kawasan sekitarnya dimenangi oleh calon-calon PAS, maka dengan laluan yang diberi oleh PAS itu memungkinkan Onn diterima oleh pengundi di Terengganu.

Onn seorang wira dan putera handal dari Johor tetapi rakyat negeri asalnya tidak menilai ketokohannya; yang menilainya pengundi-pengundi Terengganu. Beliau menang di kerusi Kuala Terengganu.

Semua calon luar yang dikemukakan oleh PAS di Kelantan dan di Terengganu dalam pilihan raya umum 1959 berjaya memasuki Dewan Rakyat.

Penggal pertama persidangan selepas merdeka mencatat sejarah mengumpulkan lapan orang pemimpin PAS sebagai anggota Dewan Rakyat. Tujuh daripadanya calon luar dan seorang lagi pemimpin nasional dari Kelantan sendiri, Datuk Asri Muda.

Selepas itu, belum pernah tercatat rekod seramai itu pemimpin utama PAS menjadi anggota Parlimen pada satu-satu penggal.

Dalam pilihan raya umum 1964, hanya Zulkifli Mohamad saja yang kekal bertanding di Kelantan, sementara kerusi-kerusi lain ditandingi oleh calon anak tempatan sendiri.

Haji Ahmad Perai menemui kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut digantikan oleh calon tempatan, tidak lagi dari luar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ustaz Othman Abdullah menyertai Umno menjelang pilihan raya umum 1964; jadi tidak berbangkit lagi baginya untuk bertanding di Kelantan. Sebaliknya beliau menjadi calon Perikatan di Hilir Perak. Manakala Datuk Raja Haniafah tidak dapat menumpukan masa di Kelantan, maka beliau tidak lagi menjadi calon di negeri itu.

Manakala di Terengganu, Dr Burhanuddin al-Hilmi menghadapi kes mahkamah dan beliau hilang kelayakan bertanding. Hasan Adli dan Kadijah Sidik juga tidak lagi bertanding di Terengganu.

Zulkifli Mohamad satu-satunya calon dari luar bertanding di Pantai Timur pada 1964 dalam gelora isu konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau berjaya mendapat peratusan undi dan majoriti yang tinggi. PAS dalam pilihan raya tu agak terpukul kerana menentang pembentukan Malaysia. Pendirian PAS itu sama pula dengan sikap Indonesia.

Zulkifli Mohamad pula, kemudian, menemui kecelakaan jalan raya sehari selepas memenangi pilihan raya umum 1964. Dalam pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi yang dikosongkannya, PAS terus meletakkan calon dari luar iaitu Abu Bakar Hamzah. Pengundi tempatan terus memberi sokongan kepadanya untuk beberapa penggal.

Selepas PAS menyertai kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 dan setahun kemudian ikut membentuk Barisan Nasional bersama Perikatan, maka tidak lagi timbul orang luar bertandingi di Kelantan.

Cuma dalam tahun 1986, ketika parti itu dalam keadaan kalah di Kelantan, PAS Kelantan menerima Khalid Samad bertanding di Kuala Krai. Pilihan raya umum itu antara sejarah hitam bagi PAS, bukan sekadar penyertaan Khalid tidak membawa kejayaan.

Bukan sekadar calon dari luar tidak dibawa ke Kelantan, calon dari Kelantan sendiri kalah, hanya satu kerusi parlimen saja dimenangi oleh PAS di seluruh negara iaitu di Pengkalan Chepa dengan calonnya Nik Abdullah Arshad.

Kalau Kelantan, sebagai kubu PAS, parti itu hanya memenangi satu kerusi, maka tidak berbangkit isu pengundi luar ditolak oleh pengundi Kelantan.

Tetapi dalam kebangkitan semula PAS pada pilihan raya umum 1990, PAS Kelantan membawa dua calon dari luar iaitu Dr Daeng Sanusi Mariok dan Mohamad Sabu. Kedua-duanya telah diterima oleh pengundi masing-masing di Rantau Panjang dan Nilam Puri.

Dalam pilihan raya itu, PAS mengadakan muafakat Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Parti Melayu Semangat 46. Ia bukan sekadar memberikan kemenangan semula kepada PAS di Kelantan, malah APU memenangi semua kerusi Parlimen dan DUN. Kedua-dua parti itu mengulangi kemenangan dalam pilihan raya Umum 1995.

Dalam dua pilihan raya umum selepas itu, iaitu 1999, tiada calon luar bertanding sebagai calon PAS di Kelantan.

Tiadanya calon luar itu bukan disebabkan oleh kebimbangan ia tidak disokong oleh para pengundi tetapi disebabkan keputusan PAS sendiri dan perkembangan menggalakkan PAS secara menyeluruh di seluruh negara.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, PAS membuka semula laluan kepada calon-calon luar. Salahuddin Ayub, kini naib presiden PAS, dari Johor tentunya sukar untuk memenangai pilihan raya di negeri asalnya. Sebagai ketua Pemuda PAS waktu itu, beliau sendiri mempunyai wibawa untuk diketengahkan.

Maka PAS Kelantan bersetuju memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Kubang Kerian, kerusi yang pernah diwakili oleh Muhamad Sabu dan selepas itu disandang oleh Datu Husam Musa.

Ternyata pengundi Kelantan terus memberi sokongan kepada calon luar untuk berhadapan dengan calon BN yang terdiri daripada orang Kelantan sendiri dan antaranya orang tempatan.

Tetapi dalam pilihan raya umum ke-12, PAS Kelantan menambah calon dari luar daripada jumlah seorang kepada tiga orang.

Selain Salahuddin yang mempertahankan kerusinya, PAS membawa masuk Nasharuddin Mat Isa, timbalan presidennya bagi menentang calon menteri besar BN, Dr Awang Adek Hussein bertanding di Bachok. Seorang lagi, bendahari PAS Dr Hatta Ramli di Kuala Krai.

Pada pilihan raya umum 2004, Bachok dan Kuala Krai jatuh ke tangan BN. Bachok kubu kuat PAS yang tidak pernah dapat dirampas oleh Umno kecuali dalam 1986 apabila bekas wakil rakyat PAS beberapa penggal sebelum itu Zain Abdullah menjadi calon BN menewaskan calon PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Selepas itu Bachok jatuh semula ke tangan PAS. Tetapi pada 2004, calon PAS ditewaskan oleh BN yang meletakkan Dr Awang Adek.

Dr Awang Adek dilihat sebagai tokoh baru menggantikan Datuk Annuar Musa dan Datuk Mustapa Mohamad, maka dia dicalonkan bagi menjadi menteri besar.

Pada ketika yang sama, dia juga bertanding untuk kerusi parlimen. Nasharuddin dibawa untuk mencabar calon MB dan orang tempatan pula.

Kuala Krai yang dikuasai oleh PAS sejak 1990 jatuh ke tangan BN pada 2004. Kawasan ini diserahkan kepada Dr Hatta untuk merampas semula kawasan itu daripada BN.

Semua calon PAS dari luar telah membuktikan bahawa mereka diterima oleh pengundi Kelantan walaupun mereka berdepan dengan calon BN yang terdiri dari orang tempatan.

Bukan isu calon dari luar Kelantan itu tidak dibangkit oleh BN daalam kempen pilihan raya itu tetapi pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian.

Orang Kelantan terkenal tebal perasaan kekelantanannya. Di mana mereka berada, mereka berkumpul sebagai satu komuniti sesama mereka.

Tetapi dalam kefahaman politik Islam, pengundi Kelantan mengutamakan perjuangan Islam, menerima calon luar dan menolak calon lawan walaupun mereka orang tempatan dan di kalangan keluarga terdekat.


Subky Abdul Latif, seorang wartawan veteran yang dikenali ramai dan juga pemimpin PAS, menulis analisis ini di blognya Setapak ke Selangkah (26 Mac 2008). Artikel ini diterbitkan sepenuhnya, selepas suntingan, dengan keizinan penulisnya.

Khamis, 24 Disember 2009

Cerdik Tapi Lembam

Orang Pas sendiri jadi dalang?

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 23 Dis. – Sindiket yang menguruskan majlis pernikahan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd. Kadir dan isteri keduanya di Selangor, dipercayai didalangi oleh seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti itu.

Bekas imam muda itu turut dipercayai telah menikahkan beberapa lagi pemimpin Pas pelbagai peringkat kerana mempunyai hubungan baik dengan mereka dan kewibawaannya diyakini berdasarkan latar belakang pendidikan agama dan peranannya.

Difahamkan, bayaran yang dikenakan adalah antara RM3,000 hingga RM4,000 bagi orang kenamaan dengan jaminan mendapat sijil dan kad perkahwinan yang didaftarkan oleh jabatan agama Islam.

Semalam, Rosli dalam sidang akhbarnya mengaku dia dan isterinya, Ilyani Mohd. Noor, 30, menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh seorang bekas imam muda di negeri Selangor.

Beliau bagaimanapun telah diberikan sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun menjanjikan perkara sebaliknya.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Rosli tinggal berasingan dengan isteri keduanya itu sehingga permohonan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Ekoran itu juga, semalam Rosli mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Pas agar masalah peribadinya tidak menjejaskan parti.

Surat perakuan nikah yang dilampirkan dalam pernyataan tuntutan pembatalan perkahwinan pasangan itu kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang ditandatangani oleh Haji Abdullah Hishamuddin atas jawatan Pendaftar Nikah, Cerai, dan rujuk Jawi.

Bagaimanapun Jawi pula melalui pendaftar sebenarnya, Abdullah Hashim telah memaklumkan kepada Mohd. Noor dalam sepucuk surat bahawa surat perakuan itu tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan.

Sementara itu, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali ketika dihubungi memberitahu, beliau belum dimaklumkan lagi mengenai kes tersebut yang mengaitkan dokumen dan pegawai Jawi.

Che Mat berkata, kes terakhir membabitkan sindiket pernikahan yang dikesan oleh pihaknya berlaku pada tahun 2006 yang dibongkar secara besar-besaran.

‘‘Jika apa yang didakwa itu benar, perkara ini akan disiasat hingga ke akar umbi serta tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat untuk menjaga nama baik dan kepentingan jabatan,’’ katanya.

Che Mat berkata, sejak tahun lalu, Jawi telah menggantikan sijil perkahwinan daripada bentuk sekeping kertas kepada kad pintar yang mengandungi cip ciri-ciri keselamatan.

‘‘Kad pintar seperti kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara itu mengandungi enam ciri-ciri khas untuk keselamatan,” katanya.

Mengenai pasangan yang ingin berkahwin menggunakan khidmat orang tengah, Che Mat menasihatkan mereka agar merujuk kepada jabatan agama tempat mereka dinikahkan terlebih dahulu.

‘‘Jika pasangan tidak menyiasat sebelum bernikah, kita bimbang ia akan mendatangkan kesulitan pada kemudian hari,” ujarnya

Rabu, 23 Disember 2009

MB Terengganu Lantikan Raja

MB sumpah tak seleweng
Oleh Shaarani Ismail dan Baharom Bakar
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang sering dikaitkan dengan tuduhan penyelewengan dalam pelaksanaan pelbagai projek dalam pentadbirannya oleh kumpulan tertentu, semalam, melafazkan sumpah secara terbuka ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menafikan semua dakwaan berkenaan.Ahmad berkata, semua projek yang dilaksanakan dalam pentadbirannya termasuk pemberian kurma dan air zamzam mengikut prosedur dan bertujuan memanfaatkan rakyat semata-mata.

“Dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat.

“Saya sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zamzam, malah ada andaian berlaku penyelewengan,” katanya sambil menambah bungkusan kurma diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 seunit itu berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zamzam itu.Pada Ramadan lalu, kerajaan negeri memperuntukkan RM8.3 juta untuk memberi pek kurma dan air zamzam kepada lebih 300,000 isi rumah di negeri ini.
Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zamzam dan kurma yang dibangkitkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet, semalam.

Sepanjang persidangan sejak tiga hari lalu, antara persoalan dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan kerajaan negeri dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan bukan-bukan terhadap kerajaan negeri mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya.

“Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar dewan.

“Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas, kalau buat tuduhan yang mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang berkenaan kerana fitnah. Jangan guna hak istimewa dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan,” katanya.Selain isu air zamzam dan kurma, beliau turut menjelaskan mengenai isu pengisian minyak kenderaan milik kerajaan negeri seperti yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.Mengikut laporan itu, tiga kenderaan milik kerajaan negeri dikesan mengisi minyak berjumlah RM602.37 dalam tempoh 16 minit pada hari dan daripada pam minyak sama.

Menjelaskan punca kekeliruan itu, Ahmad berkata, dakwaan penyelewengan itu tidak berlaku kerana daripada penjelasan pemandu terbabit, semua kereta bergerak dalam konvoi dan hanya seorang pemandu yang membawa kad minyak dan mengisi minyak untuk ketiga-tiga kenderaan.“Kerajaan memandang serius perkara itu dan ia perlu diperjelaskan dalam dewan yang mulia ini,” katanya.Beliau juga menjelaskan mengenai sektor pelancongan yang akan dijadikan sebagai sumber ekonomi penting negeri pada masa akan datang untuk mengelak kebergantungan kepada hasil royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.Katanya, kerajaan negeri perlu mencari alternatif jangka masa panjang untuk menjana ekonomi negeri kerana minyak di perairan Terengganu akan habis pada suatu hari nanti.

“Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus daripadanya diperoleh melalui sumber Kerajaan Pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak lama lagi, insya-Allah akan menjadi wang royalti.
“Untuk itu, usaha yang perlu kita lakukan ialah menjana pendapatan negeri pada masa depan melalui sektor pelancongan dan ia akan diletakkan sebagai tulang belakang ekonomi Terengganu,” katanya.

Komen : Inilah kalau lantikan dari raja...jawatan ini di Malaysia dilantik oleh pemilihan dari parti yang menang. Ramai YB Adun tidak setuju maka timbullah percangahan pendapat.

Isnin, 21 Disember 2009

Adakah Ini Dapat Selesai Masalah....sebab barang dah guna.



Raisuddin, isteri kedua diarah tinggal berasingan
SHAH ALAM 21 Dis. - Selepas lebih dua tahun hidup bersama, Raisuddin Hamzah dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi hari ini diperintah tinggal berasingan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini sehingga perkahwinan mereka disah dan didaftarkan.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad mengeluarkan perintah sementara yang berkuat kuasa hari ini selepas membenarkan permohonan bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah, 49, untuk menghalang pasangan itu daripada tinggal serumah.

Beliau dalam penghakimannya berkata, permohonan Suberi selaku plaintif adalah bersesuaian memandangkan kes pengesahan pernikahan Raisuddin, 53, dan Siti Fatimah, 22, masih dalam prosiding di mahkamah, belum disah mahupun didaftarkan.

''Saya dapati permohonan (injunksi sementara) ini bersesuaian dengan taraf (status) perkahwinan sehingga satu perintah pengesahan dibuat oleh mahkamah.

''Dengan itu mahkamah membenarkan permohonan supaya responden pertama (Raisuddin) dan responden kedua (Siti Fatimah) tinggal berasingan sehinggalah perkahwinan kedua-dua pihak disahkan," katanya.

Abu Zaky dalam penghakiman ringkas turut menegur semua pihak agar lebih prihatin dengan status perkahwinan tersebut lebih-lebih lagi ia melibatkan isu poligami.

Katanya, undang-undang yang sedia ada diwujudkan bagi memastikan setiap perkahwinan dikendalikan secara teratur serta mematuhi syarat-syarat dan prosedur sebelum ia dapat disahkan.

Pernikahan Raisuddin yang juga penyanyi era 80-an dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 menimbulkan kontroversi apabila Suberi memfailkan permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu secara faraq.

Beliau membuat permohonan itu dengan alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan tentang perkahwinan itu.

Bapa Siti Fatimah kemudiannya memfailkan permohonan pada 17 Mac 2007 untuk mendapatkan perintah injunksi sementara bagi menghalang pasangan itu daripada tinggal serumah dan menjalankan kehidupan sebagai suami isteri sehingga rayuan pengesahan pernikahan mereka diputuskan.
Sementara itu, permohonan yang dikemukakan oleh Raisuddin dan Siti Fatimah untuk mengesahkan pernikahan mereka pula akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah berasingan pada 10 Februari depan.

Kes itu dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi ekoran keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 5 Februari lalu yang menolak permohonan Raisuddin untuk mengesahkan pernikahannya dengan Siti Fatimah.

Mahkamah Rendah Syariah tersebut turut menolak permohonan Suberi untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan bapa penyanyi popular Siti Sarah itu secara faraq kerana tiada bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Raisuddin dan Siti Fatimah yang diwakili peguam syarie Norazmi Mohd. Arif, hadir dengan memakai pakaian berwarna putih. Sementara Suberi yang datang berasingan diwakili peguam syarie Roshdan Sujak Rafie.


Dr. Rosli, Ilyani diperintah tidak tinggal bersama

KOTA BHARU 21 Dis. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader (gambar) tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Perintah 'mufarakah' (memisahkan) sementara menegah Dr. Rosli Allani, 35, bekas pegawai khas kepada seorang anggota Exco daripada tinggal bersama pasangannya, Ilyani Mohd. Noor, 30, itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yusof Awang.

Plaintif, Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan di sini memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Mohd. Noor diwakili peguam syarie, Mohd. Zaki Zainal Abidin manakala Dr. Rosli Allani dan Ilyani diwakili peguam syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan. Bagaimanapun Ilyani tidak hadir di mahkamah.

Mohd. Zaki memaklumkan, plaintif tidak bersetuju dengan permohonan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 26 April tahun depan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif meragui perkahwinan tersebut memandangkan tatacara pernikahan tidak memenuhi rukun dan syarat.

Selain itu, plaintif merujuk surat penjelasan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) bahawa dokumen perakuan nikah pasangan itu tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan jabatan berkenaan.

''Plaintif yakin semasa perkahwinan, anak perempuannya mustahil dalam keadaan sedar kerana bertindak sedemikian tanpa kebenaran pihaknya.

"Oleh yang demikian plaintif yakin defendan pertama bukan lelaki atau suami yang baik, sekufu (sama taraf dari segi keturunan, pangkat dan tahap pembelajaran) dan mempunyai niat yang tidak baik dengan menipu untuk tujuan perkahwinan tersebut," ujar plaintif dalam penyata tuntutannya.

Jawapan Biar Pro...

MB T'ganu, ADUN Umno sindir sesama sendiri
Dis 21, 09 6:01pm
Persidangan DUN Terengganu, yang sebelum ini disifatkan agak "muram", hari ini bertukar rancak dan sekali-sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat BN sendiri.

Sesi soal jawab pagi ini dimulakan dengan soalan daripada Din Adam (BN-Bukit Besi) yang mahukan penjelasan berhubung nama syarikat pengendali bijih besi di Bukit Besi dan manfaat kepada rakyat tempatan.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat untuk melakukan perlombongan bijih besi di situ yang terletak di Dungun.

Beliau berkata dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Din minta penjelasan tentang nama syarikat yang dilantik dan kemampuannya selain mempertikaikan sama ada benar syarikat tersebut melantik 50 peratus rakyat Terengganu menjadi tenaga kerja situ.

"Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu.

"Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut," kata Din.

Ahmad berkata kerajaan Terengganu bercadang membuka semula kawasan perlombongan di kawasan itu setelah perunding yang dilantik mengesahkan masih terdapat lima juta metrik tan bijih besi di situ.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.

Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri.

Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.

Ketika ditemui di luar dewan, Ahmad berkata beliau melihat perubahan pada persidangan kali ini sebagai satu petanda baik.

"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan... seolah-olah sebagai parti pembangkang... tapi kita tidak kisah.

"Kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja di kalangan wakil rakyat tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan. Saya tidak ada masalah," katanya.

DUN Terengganu mempunyai 24 anggota BN dan lapan daripada PAS. BERNAMA

Jumaat, 18 Disember 2009

Anak Melayu Yang Rebah



Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya
Dis 19, 09 1:00pm
Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yagn menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.Agihan ekonomi negeriDi peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Benang Basah

Tragedi Memali bukan ajaran sesat
Kamaruzaman Mohamad Okt 27, 09 4:01pm
Dewan Pemuda PAS menyanggah sekeras-kerasnya tulisan di akhbar Kosmo! (26 Oktober) bertajuk "Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat" yang mengaitkan peristiwa Memali, Kedah dengan ajaran sesat di muka surat 11.

Pemuda PAS sangat kesal kerana artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah melampau dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan murni rakyat yang menolak undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum.

Maklumat yang disampaikan juga tidak tepat, bahkan jauh tersasar daripada fakta kejadian sebenar yang berlaku.

Tragedi Memali pada tahun 1985 suatu peristiwa hitam yang sangat bersejarah, apabila kerajaan telah menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak bersenjata - rakyat biasa yang mempertahankan hak mereka untuk menentang penggunaan undang-undang zalim ISA sehingga sanggup syahid.

Artikel akhbar ini juga turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam shah yang telah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi, Pondok Lanai, Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Ibrahim Libya dan pengikutnya dikategorikan syahid.

Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Kosmo! menarik balik artikel yang telah disiarkan itu serta memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dalam peristiwa Memali serta PAS.

Pemuda PAS juga akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya Kosmo! gagal untuk berbuat demikian.

Kamaruzaman Mohamad setiausaha Dewan Pemuda PAS

Rabu, 16 Disember 2009

Sedihnya....bila tak tahu.

'Saya tidak tahu salah lantik Ariffahmi'
Jimadie Shah Othman & Andrew Ong
Dis 16, 09
1:03pm
eksklusif Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak tahu-menahu bahawa tindakannya melantik menantu sendiri menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melanggar peruntukan undang-undang."Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA)," kata menteri besar Kelantan kepada alaysiakini.
"Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah."
Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz diminta mengulas kontroversi panjang yang melanda syarikat berkaitan kerajaan itu susulan tindakannya melantik Abdul Ariffahmi Ab Razak sebagai ketua pengarah eksekutif PMBK.Pelantikan menantunya itu didakwa amalan nepotisme sehingga pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 23 November lalu meminta Nik Aziz menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan.Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, akan berundur secara rasmi pada Mac tahun depan apabila merancang menyerahkan notis berbuat demikian pada 24 Disember ini.Ketika diwawancara Khamis lalu, Nik Abdul Aziz ditanya pendiriannya sama ada pelantikan Abdul Ariffahmi merupakan satu kesalahan.Nik Abdul Aziz berkata, walaupun perkara itu dikatakan" salah tetapi "beliau tidak boleh dipersalahkan" kerana tiada orang memaklumkan perkara itu kepadanya. "LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata (Abdul Ariffahmi, foto kiri) letak jawatanlah," katanya.

Tambahnya, pelantikan menantunya dilantik dibuat dengan mempertimbangkan kelebihan jurutera muda itu, antaranya yang aktif dan mudah berkomunikasi dengan beliau.Ketika Malaysiakini ingin terus mengajukan soalan-soalan berhubung perkara itu, mursyidul am PAS yang berusia 78 tahun bagaimanapun menghentikan wawancara kira-kira 35 minit itu dengan alasan sudah keletihan. Berikut petikan wawancara berhubung isu PMBK:
Tentang Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ini, apa yang sudah terjadi?
PMBK ini perbadanan menteri besar. Waktu kami ambil alih, tidak ada fail apa pun dalam PMBK. Menteri besar dulu (BN) buat bagaimana, (kita) tidak tahu. Jadi, waktu ambil alih dulu, kami lantik seorang perempuan berpengalaman dari Kuala Lumpur. Dia buatlah ala kadar, kemudian dia letak jawatan. Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang (ini) tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh, ada penasihat undang-undang negeri (LA). Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah.

Tahu-tahu bising pula. Tetapi saya rasa kedudukan saya benar. Jadi benar kerana LA tidak bersungut apa (membantah). Maka itulah kedudukannya.Dan pada saya, bukan sahaja masalah menantu sahaja. Selain (sebagai) menantu, dia ini pula ada ilmu. Dan rumah dia dekat dengan rumah saya. Dia pergi sembahyang di masjid, insya Allah dia naik ke rumah. Makan, bercakap, berunding, pergi sembahyang Subuh.Sebab mudah hendak jumpa?Ini dekat rumah. Kalau menantu saya duduk jauh seperti orang lain, saya pun tidak tertarik pada dia (untuk melantiknya). Dan dia ini orang muda.Dia aktif. Jadi saya sayang pada dia kerana dia ini aktif, orang muda dan rumahnya dekat dengan rumah saya. Dia duduk bersama (saya) bertahun-tahun. Selama tiga atau empat tahun.

Sebenarnya salah atau tidak melantik dia?
Mengikut katanya salahlah. Tetapi saya pun tidak tahu. Orang pun tidak beritahu saya. LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata letak jawatanlah.Tok Guru tidak terfikir waktu hendak lantik dulu, akibatnya boleh timbul fitnah?
Fitnah ini, tidak lantik dia pun, orang fitnah juga. Saya ini orang PAS, orang Islam. Orang Melayu sendiri benci pada saya. Cina tidak benci saya. Melayu yang benci pada saya. (Gejala) ini pelik.Ada kemungkinan LA takut, segan hendak tegur Tok Guru sebab Tok Guru menteri besar?Itu wallahu 'alam (hanya Allah yang mengetahui). Itu tanya dialah.

Khamis, 10 Disember 2009

Berkawan Dengan Pencuri Turut Mencuri.

Isu rumah ibadat: Penjelasan Kor Ming

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menegaskan, kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.Menurutnya, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja. Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’. Kor Ming yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil. ‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya.

‘‘Saya juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataan saya,” katanya. Kor Ming menambah, rakyat Malaysia harus mematuhi prinsip Rukun Negara tersebut dan rakyat bukan Islam juga perlu diasuh dan menerima ajaran agama yang betul. Katanya, sebagai kerajaan yang adil, adalah tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat bukan Islam. ‘‘Atas laporan akhbar yang berunsur hasutan dan memutar belit fakta sebenar, saya akan berbincang dengan panel peguam dan akan merizabkan hak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membuat laporan tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya.

Ditanya mengenai kemarahan NGO Islam adalah kerana tindakannya membandingkan peruntukan untuk masjid dalam meminta kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada rumah ibadat bukan Islam, Kor Ming berkata;

‘‘Pertama kali saya hormati semua media yang buat laporan benar tetapi yang dilapor oleh akhbar Utusan Malaysia tak macam ini. Kita lihat (hari ini) ‘‘Isu Bina Masjid: Kor Ming dibidas. Semalam tajuknya Kor Ming persoal bina masjid. Itu tajuk dibuat editor, orang baca orang marah.. itu tak betul. ‘‘Patutnya kita lebih beretika membuat laporan sebenar dan apa yang hendak kata adalah dalam kenyataan yang saya baca ini. ‘‘Harap laporkan ikut kenyataan yang saya baca dan itu terpulang kepada pembaca untuk menilai sama ada watak saya macam mana dari rekod saya pemimpin untuk semua bangsa. Abang (wartawan Utusan) boleh menilai saya dari ucapan dan tingkah laku saya,” jelasnya.
Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad yang hadir pada sidang akhbar itu turut mencelah: ‘‘Kalau dia (Kor Ming) tak buat perbandingan macam mana orang nak tahu yang RM9 juta itu cukup tak cukup. ‘‘Dalam perbandingan itu bukan bertujuan supaya yang perbelanjaan untuk bukan Islam sama dengan jumlah itu. Tetapi (jumlah untuk bukan Islam) terlalu kecil.. jauh sangat.’’

Ditanya kepada Kor Ming sama ada dia bersependapat dengan penjelasan Khalid itu, beliau berkata,‘‘Kekanda saya telah jelas .. Ya dengan niat murni (bangkitkan soal itu),” jelasnya.

Ahad, 6 Disember 2009

Jangan Cari Pasal

Tiga siswa UM didakwa kes 'bini puaka'
Dis 7, 09 10:54am
kemaskini 11.38pm Tiga pelajar Universiti Malaya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ketiga-tiga mereka Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani didakwa bersama dua lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang telah dituduh lebih awal, Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada awal pagi 24 Jun lalu, beberapa jam sebelum Rosmah hadir di dewan kuliah utama API untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Galeri mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga kelima-lima tertuduh dan para pelajar yang hadir untuk menyokong sewaktu tiga mahasiswa itu didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Sabtu, 5 Disember 2009

Silap jalan tanya orang

Biarlah Nik Aziz dengan sikapnya

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

APABILA membicarakan soal Pas, tidak perlulah kita menumpukan perhatian sama ada kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Ulama, Datuk Haron Taib atau Ketua Dewan Pemuda Pas pusat, Nasruddin Hassan.

Sebaliknya tumpu sahaja kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini boleh dianggap pemimpin paling popular dalam Pas. Dari setahun ke setahun, dari bulan ke bulan dan dari hari ke hari, ada sahaja kenyataan kontroversi yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu sehingga ia menimbulkan polemik dan perdebatan dalam arena politik negara.

Walaupun ada kalanya, kata-kata dan ucapan beliau termasuklah menyeru umat Islam mendoakan supaya Allah menimpa bala kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat bertentangan dengan Islam dan ditegur oleh alim ulama, namun penyokong-penyokong tegar Pas tetap menganggap apa yang dilakukan oleh Nik Aziz adalah betul.

Justeru biarlah Nik Aziz begitu, biarlah beliau dengan telatah dan kenyataan- kenyataan kontroversinya. Tidak perlulah mana-mana pihak mendesak beliau meletakkan jawatan, apatah lagi jika ia hanya dihadiri tidak sampai 1,000 orang di hadapan Kota Darulnaim, pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan baru-baru ini.

Adalah jelas penyokong Pas terutamanya di Kelantan menganggap Nik Aziz sebagai pemimpin utama mereka, sebab itulah ribuan mereka berhimpun di Jalan Datuk Pati di Kota Bharu, Jumaat lalu bagi menyatakan sokongan kepada Nik Aziz.

Berdasarkan keadaan itu, biarlah Nik Aziz terus memimpin Pas Kelantan dan kerajaan negeri Kelantan. Biarlah Nik Aziz menjadi pemimpin Pas yang paling popular dan biarlah Nik Aziz terus berada di kedudukan sekarang selagi beliau mampu dan selagi Pas pusat merelakannya.

- Biarlah Nik Aziz terus mendoakan bala menimpa Perdana Menteri kerana ramai pengikut Pas akan mengaminkannya beramai-ramai. Hakikatnya di dalam Islam, kita sama sekali tidak dibenarkan berbuat demikian, apatah lagi mendoakan bala menimpa sesama saudara Islam.

Selain perkara ini sudah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan hadis, ia juga turut dalam terkandung dalam kitab-kitab seperti kata Imam Tahawi r.a yang menegaskan,'' Kita tidak boleh mendoakan mereka (supaya jatuh), tidak boleh menarik ketaatan kepada mereka kerana ketaatan kita kepada mereka termasuk ketaatan kepada Allah, hal ini adalah wajib selagi kita tidak dipaksa mentaati yang maksiat dan kita sewajarnya mendoakan mereka dengan kebaikan dan keampunan (bukan sebaliknya).''

Dari segi politik, kita perlu menerima nasihat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, ''Saya fikir biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Banyak perkara yang dilakukan mencerminkan sikap wajah sebenar Pas.''

Jumaat, 4 Disember 2009

Doa Seorang Tok Guru



Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

Jimadie Shah Othman
Dis 4, 09
11:22am

kemaskini 1.32pm Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Beberapa sepanduk lain dilaporkan turut dipamerkan, antaranya bertulis, "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah). Beberapa saksi di tempat perhimpunan itu memberitahu Malaysiakini, anggota-anggota polis dilihat mengawal sepanjang jalan tersebut. Dalam ucapannya, seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

Sumber dari malaysiakini.

Rabu, 2 Disember 2009

Buatlah Kebaikan Menuju KeSana...

Nik Aziz tidak ambil peduli

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Dis. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ambil peduli desakan supaya beliau meletakkan jawatan daripada orang UMNO yang dianggapnya ‘budak-budak nakal’.

Beliau juga menegaskan tidak perlu memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ‘doa kemusnahan’ terhadap pemimpin negara itu.

Malah Mursyidul Am Pas itu mencadangkan kepada orang ramai supaya terus berdoa beramai-ramai tanpa menyebut nama Najib kononnya bagi menjaga hati Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya kepada media berhubung perhimpunan aman oleh ratusan orang semalam yang menunjukkan bantahan terhadap tindak-tanduknya, beliau berkata:

“Mustahil saya perlu akur (letak jawatan) semata-mata kerana digesa oleh 200 ‘budak-budak nakal’, bawah pohon jati di pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Jika sebab desakan UMNO, sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa jadi ketua pembangkang negeri, sebaliknya dia pula yang ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.”

Di samping itu, beliau mempersoalkan mengapa harus tunduk kepada suara kumpulan itu yang jumlahnya begitu kecil agar meminta maaf kepada Najib yang juga Presiden UMNO.

“Sedangkan Presiden UMNO selaku orang nombor satu tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik,” ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengulas mengenai perhimpunan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) semalam.

Mereka berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim di sini bagi menunjukkan rasa tidak senang hati terhadap kemelut dalam kepimpinan negeri dan memintanya melepaskan jawatan.

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum dua muka surat kepada Nik Abdul Aziz yang memintanya melepaskan jawatan, menarik balik ‘doa kemusnahan’ dan meminta maaf secara terbuka kepada Najib.

Nik Abdul Aziz sebaliknya bersyukur kerana perhimpunan semalam seolah-olah sebagai tanda kejayaannya mengkucar-kacirkan UMNO.

“Secara logiknya semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Pas. Jika UMNO yang mendesak saya, maka saya sewajarnya bersyukurlah bahkan berbangga kerana sudah dikira berjaya mengkucar-kacirkan mereka.

“Mereka sudah keluh kesah. Jika saya terus dilarang untuk memohon kemusnahan UMNO secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersendirian.

“Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah menurunkan kemusnahan termasuklah pemimpin UMNO yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu daripada melalui kerajaan negeri,” tambahnya.

Terdahulu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini, beliau bertegas dengan pendiriannya membenarkan rakyat negeri ini mendoakan agar diturunkan bala terhadap Perdana Menteri.

Bagaimanapun, katanya, doa itu biarlah dibuat secara individu bukan dilafazkan secara umum atau beramai-ramai.

Jelasnya, rakyat tidak perlu menyebut nama Najib ketika melafazkan doa tersebut secara beramai-ramai dan hanya melakukannya secara peribadi untuk menjaga perasaan pemimpin nombor satu kerajaan itu.

“Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa maka saya minta tak payah sebut nama Yang Berhormat beramai-ramai cuma boleh sebut dalam doa bersendirian,” katanya.

Selasa, 1 Disember 2009


Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa laknat

Salhan K Ahmad
Dis 1, 09
12:16pm

kemaskini 2.26pm Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno. Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron. Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.Che Johan memberitahu Malaysiakini, perhimpunan itu dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).Difahamkan ia turut disertai kumpulan ahli-ahli Pemuda dan Puteri Umno. Beliau, sebagai pengerusi penaja organisasi tersebut, berkata JRPK baru ditubuhkan dua bulan lalu dan mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.Tambahnya, perhimpunan itu dihadiri oleh anggota- anggotanya, termasuk persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.

"Kita beri tempoh 24 jam kepada Nik Abdul Aziz untuk tarik balik kenyataan dan juga doa supaya Datuk Najib dan pengikutnya musnah," katanya ketika dihubungi selepas perhimpunan tersebut. "Nik Aziz juga sudah terlalu lama memerintah sehingga berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," kata Che Johan lagi.

Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi terhadap kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.Malam tadi Pemuda PAS Kelantan membuat aduan polis apabila tercetus ura-ura satu perhimpunan akan diadakan di situ yang dikatakan anjuran JRPK. Rancangan mengadakan demonstrasi itu dilaporkan disebarkan melalui mesej SMS mulai semalam.

Isnin, 30 November 2009

Jangan Takbur Bila Becakap.

Nik Aziz patut salahkan diri sendiri

KOTA BHARU 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum.

Sehubungan itu Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menggesa agar Mursyidul Am Pas itu tidak terus mempertahankan jawatannya supaya maruah dan harga dirinya terus terpelihara.

''Nik Abdul Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan lagi agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, biar pun dirinya mula menjadi sasaran cemuhan dan diperlekehkan, namun menjadi kewajipannya untuk bersama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

''Biarpun saya dianggap tidak mempunyai tauliah dan cetek tentang perkembangan semasa, saya tetap terdedah kepada perkhabaran yang sesetengahnya sudah cukup jelas dan nyata.

''Bayangkan selama ini beliau cuba menyamakan sifat Tuhan dengan manusia seperti Tuhan mencarut dan samseng. Tetapi yang lebih memilukan saya dia menolak perpaduan sesama Islam dalam saat getir.

''Pemimpin parti seperti Haji Hadi dan Nasaruddin dihina sedemikian rupa hanya kerana mereka ingin mencari kebaikan. Malah sudah kedengaran janji memberikan status seimbang antara Islam dan bukan Islam apabila Pas dapat memerintah,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajib bagi semua pihak menegakkan kebenaran dan membetulkan sebarang penyelewengan.

''Saya tidak punyai kepentingan lain selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik," tegasnya.

Baru-baru ini Abdullah dilaporkan berkata Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Katanya, sudah sampai masanya untuk beliau membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Susulan itu, lidah rasmi Pas melaporkan Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) tidak bertanggungjawab di atas kenyataan Abdullah yang tidak mempunyai tauliah mengajar.

Pemegang Amanah PPPB, Mohamad Awang dilaporkan berkata, kenyataan guru pondok terbabit hanya bersifat peribadi yang tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulama.

Guru pondok itu dikatakan sudah diketahui umum sebagai seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa.

Abdullah menjelaskan, beliau mengakui tidak diberikan tauliah sebelum ini, namun segala-galanya kerana sikapnya yang mempertahankan Pas sehingga kini.

''Saya belajar agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang," katanya.

Beliau menarik perhatian mengenai kebimbangan tentang kemungkinan Pas tidak dapat mempertahankan keistimewaan orang Melayu Islam dan pemerintahan Islam dalam kerakusan untuk berkuasa.

''Hari ini apabila Pas menolak perpaduan kerana sanggahan keras Nik Abdul Aziz, beliau tidak mengutamakan kepentingan Melayu Islam dan pemerintahannya, maka seluruh orang Pas bersalah jika apa yang dibimbangi berlaku kelak," katanya.
Sumber Utusan Melayu 1 Dec 2009

Inilah.....jelmaan sebenar.

Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa
Nov 29, 09 6:37pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu."Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik."Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

Rabu, 25 November 2009

'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan'

Jimadie Shah Othman
Nov 26, 09
11:26am
Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam. Laporan MALAYSIAKINI.

Husam tak mahu jadi MB

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi menteri besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi menteri besar kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai timbalan menteri besar dan timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, timbalan menteri besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down syndrome di Kampung Becah Keranji dekat Kota Bharu hari ini. Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya satu hingga tiga. Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada. Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz. Husam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Kelantan berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong. Katanya, beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas kedua-dua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu. "Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. BERNAMA
sumber Malaysia hari ini -- 25nov2009

Sabtu, 14 November 2009

TG Nik Aziz Batal Hasrat Ke Mekah.

Nik Aziz batal ke Mekah selepas tajaan dipertikai
Nov 13, 09 4:49pm
Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini. Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah. Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. BERNAMA

Khamis, 12 November 2009

Penonton Merusuh Sebab Pemain Main-Main.

'Tabung RM1, Satu KAFA' dilancar

PENYOKONG bola sepak Kelantan tidak rela melihat KAFA terus 'menderita'.

Terbaru, KAFA didenda sebanyak RM50,000 oleh FAM ekoran tindak- tanduk liar segelintir penyokong Kelantan pada final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu. Justeru, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan 'Tabung RM1, Satu KAFA' bagi membantu meringankan beban badan induk bola sepak negeri Kelantan itu. etiausahanya, Harun Ali berkata, tabung tersebut dilancarkan sebagai satu rasa tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku di Bukit Jalil, Sabtu lalu. Menurut Harun, dengan adanya tabung berkenaan, sedikit sebanyak ia dapat membantu pihak KAFA bagi menyelesaikan masalah denda tersebut.

"Kita berasa terpanggil untuk membantu KAFA yang selama ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu bola sepak di Kelantan ini. "Ini adalah masa untuk para penyokong mengambil tanggungjawab ini demi masa depan bola sepak kerana semua rakyat Kelantan sayang dengan sukan ini," kata Harun kepada Kosmo! semalam. Tambahnya, tabung itu akan diserahkan kepada wakil Kelab Penyo- kong Bola Sepak Kelantan di setiap daerah.

"Saya percaya bahawa semua rakyat Kelantan akan sedia membantu untuk menangani beban yang terpaksa dipikul oleh KAFA. "Tabung ini juga adalah salah satu langkah dalam usaha mendidik para penyokong Kelantan supaya mereka lebih berdisiplin dan menghargai semangat kesukanan," ujarnya. Harun turut menyelar tindakan segelintir penyokong Kelantan yang tidak bertanggungjawab mencetuskan keadaan huru-hara pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu. "Kelab Penyokong sedia memberi- kan kerjasama kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk membantu mengesan penyokong-penyokong yang bertindak liar," katanya.

Rabu, 11 November 2009

Rasuah Haji

...Pemuda Umno minta SPRM siasat
Abdul Rahim Sabri
Nov 11, 09
4:31pm
Pemuda Umno Kelantan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tajaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menunaikan fardu Haji minggu depan.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, pihaknya bercadang untuk membuat laporan polis berhubung isu tajaan tersebut.

Beliau diminta mengulas laporan yang memetik Nik Aziz sebagai berkata beliau menerima tajaan menunaikan haji pada 18 November ini bernilai RM65,000.

Nik Aziz juga dilaporkan berkata, tajaan tersebut bukanlah rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas daripadanya.

Mengulas mengenainya, Anuar berkata, pemberian sejumlah wang kepada menteri besar Kelantan itu untuk menunaikan ibadah haji adalah "satu bentuk rasuah".

Beliau berkata, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS tidak boleh menerima sebarang pemberian atau hadiah, termasuk dalam bentuk wang.

"Mungkin ada pemberian yang mengharapkan pembalasan. Tidak ada imbuhan pada hari ini, mungkin ada pada masa akan datang.

"Beliau tidak boleh menerima, kerana ia sumbangan terus untuk peribadi," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim bahawa pemberian tajaan tersebut adalah "sebahagian daripada amalan dan budaya" di negeri itu, Anuar berkata:

"Bagi saya ia bukan amalan di negeri ini. Orang agama tak terima duit. Orang yang mengajar al-Quran di kampung pun tak terima duit.

"Ini diberikan kepada individu, mesti ada sebabnya," kata Anuar yang juga pengerusi 4B Kelantan.

Beliau berkata, sekiranya tajaan tersebut dimasukkan ke dalam tabung untuk membiayai program NGO tertentu, ia tidak menjadi satu kesalahan.

Sebaliknya, kata beliau, jika tajaan itu untuk individu yang berjawatan tinggi dalam kerajaan, maka ia tidak boleh.

Sebagai contoh, katanya, sekiranya ada tajaan tertentu, ia boleh disalurkan kepada akaun parti itu (PAS) di peringkat kawasan.

“Ia tidak boleh diberikan kepada individu,," katanya

Selasa, 10 November 2009

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku

MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.

Isnin, 2 November 2009

CERAMAH AGAMA SALAH

Jais: Dr Asri akan segera didakwa
Salhan K Ahmad
Nov 2, 09
4:41pm
kemaskini 7.10pm Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

"Tapi kita mungkin akan ambil masa yang panjang sikit kerana melibatkan dakwaan-dakwaan (daripada pelbagai pihak).

"Kita kena siapkan kertas siasatan sebelum boleh buat pendakwaan," katanya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Mohammed Khusrin turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Mohd Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis," katanya.

"Kita telah jalankan tanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya."

Dr Mohd Asri sedang disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

"Tidak kisah apa juga ceramah yang berkaitan dengan agama Islam, yang tidak ada tauliah kita kena ambil tindakan," kata Mohammed Khusrin.

Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Di sidang media itu, Mohammed Khusrin menjelaskan, Jais belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.

"Pagi tadi, kita bawa ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa pagi tadi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen tersebut, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, Jais harus melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Beliau juga berkata, Jais tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

"Tidak ada (tekanan), kita buat ini tanpa arahan sesiapa dan kita buat ikut arahan pentadbiran biasa.

"Sesiapa saja termasuk Dr Asri atau wakil rakyat yang buat ceramah agama di Selangor tanpa tauliah, kita akan ambil tindakan," jelasnya.

Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabi seperti didakwa sesetengah pihak, pengarah Jais berkata Jais tidak boleh membuat tuduhan ke atas Dr Mohd Asri walau bekas mufti itu menerima tuduhan tersebut kerana siasatan masih berjalan.

"Yang itu kita sedang siasat, saya tidak boleh tuduh orang. Setakat ini kita masih jalankan siasatan, dan kita akan maklumkan kemudian," katanya.

"Dari segi kandungan, kita akan siasat, apa yang diceramah itu kita akan siasat. Tapi tindakan kita adalah kerana dia berceramah tanpa tauliah."

Dalam satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, sejumlah NGO Islam membantah Dr Mohd Asri dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) atas alasan beliau seorang yang tidak mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menolak ulama dan bersikap ekstrem.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut dalam sidang medianya semalam.

Mohammed Khusrin juga berkata: "Tidak ada kena-mengena dengan kes ini. Isu itu tidak ada kena-mengena dengan tindakan kita.

"Itu dakwaan daripada persatuan dan NGO, itu tidak ada kena-mengena dengan kita dan kita bertindak bukan kerana desakan daripada NGO-NGO berkenaan."

Beliau turut menjelaskan, tindakan itu diambil berdasarkan aduan daripada pelbagai pihak, termasuk penduduk Taman Sri Ukay, lokasi Dr Mohd Asri menyampaikan kulia dengan disertai kira-kira 200 orang sehingga lewat malam tadi.

"Aduan ini datang dari pelbagai pihak dan kita tahu di Taman Sri Ukay ini memang menjadi pusat kegiatan mereka," katanya.

Tambahnya, Dr Mohd Asri juga tidak pernah memohon sebarang tauliah daripada Jais walaupun telah diminta berbuat demikian.

"Sepatutnya dia hormati undang-undang agama Islam di Selangor dan kita telah tulis surat kepada Dr Asri lama dulu semasa beliau menjadi mufti (Perlis) lagi, dan dia pun tidak pernah mohon tauliah," tambahnya.

Katanya lagi, jabatan itu telah membuat lebih 10 tangkapan terhadap penceramah yang mengadakan kuliah tanpa tauliah daripada Jais, tetapi perkara itu tidak dilaporkan media.

"Cuma hari ini, kebetulan, sebab (individu) yang kita tangkap semalam merupakan seorang bekas mufti, jadi isu besarlah," katanya.

Isnin, 5 Oktober 2009

Politik Zaman Batu

Abdul Azeez masuk hospital akibat ditumbuk

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my

ABDUL AZEEZ menunjukkan laporan polis mengenai kes beliau dipukul di Hospital Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera di muka, leher dan tengkuk ekoran insiden ditumbuk dipercayai penyokong parti pembangkang.

Abdul Azeez ketika ditemui pemberita semalam berkata, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.

"Pada hari kejadian selepas solat Maghrib, saya rasa tak sedap badan dan muntah-muntah. Rakan saya yang juga seorang doktor kemudian menasihatkan saya untuk pergi ke hospital.

"Doktor telah menjalankan ujian menggunakan mesin pengimbas x-ray. Saya sukar untuk menoleh ke kiri atau ke kanan selain kedua-dua tangan turut terasa kebas," ceritanya ketika ditemui Wad Otopedik HKL di sini semalam.

Jelas Abdul Azeez, laporan x-ray mendapati, beliau mengalami kecederaan pada bahagian tisu di bahagian tengkuk tetapi bernasib baik tidak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang.

Jumaat, 18 September 2009

Kad Raya



Selamat hari raya dan berhati-hati dijalaraya. Semoga selamat semuanya. Insyaallah.

Isnin, 14 September 2009

Melayu Semakin Hancur.

Melayu sertai DAP bukan ancaman

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Mohd Ali.
Beliau berkata, langkah itu bukanlah satu ancaman bagi Pas kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan.
“Dia (DAP) nak buka tu buka la. Orang nak terima itu dia punya fasal. Kalau nak sebut masalah ancaman tu biar dulu kerana DAP, Pas, PKR sedang bergabung dalam satu pakatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan :Majlis Pelancaran Kutipan Wakaf/Dera Tapa Masjid Al-Hussain bandar Baru Tunjung dekat sini, semalam.
:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Penubuhan cawangan Melayu pertama parti DAP di Selangor.
:Kelmarin akhbar melaporkan Dr Hassan menyifatkan penubuhan itu sebagai satu fenomena biasa bagi Pas.
Dr Hassan dilaporkan berkata, kemasukan bangsa Melayu dalam DAP juga dilihat ada kebaikannya untuk jangka masa panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata ia adalah hak individu dan tidak boleh dihalang.
“DAP juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan mungkin kemasukan Melayu ke dalam parti itu ada kebaikan untuk jangka masa panjang,” katanya.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, biarpun ia cawangan pertama DAP yang dianggotai oleh majoriti kaum Melayu namun ia tidak menggambarkan Pas dan PKR tidak mampu menarik Melayu ke dalam parti komponen berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berharap pengundi akan terus menyokong calon Pakatan Rakyat yang dicalonkan untuk bertanding kerusi tersebut.
“Saya berdoa mudah-mudahan pengundi di Bagan Pinang kalau calon Pas undi Pas, PKR undi PKR. Kita ikut calon terdahulu,” katanya.

Pendapat Tak Sama

AJK PKR lawan PAS di Bagan Pinang
Jimadie Shah Othman
Sep 14, 09
4:59pm

kemaskini 5.41pm Seorang ahli jawatankuasa PKR Kota Lukut, Shahrudin Abdul Hamid hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.Kehadirannya ini, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan PAS dan BN.
Bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata beliau mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson.

"Di sini, pelancongan penting. Saya mahu mainkan peranan naik taraf kemudahan di sini. Sekarang tidak nampak (usaha itu)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu, sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.Shahrudin, 52, pernah bertugas sebagai kakitangan Kamarul, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, hampir setahun selepas pilihan raya umum lalu.Shahrudin berkata hasratnya untuk bertanding itu mendapat sokongan penduduk setempat."Ada yang bantah. Ada yang sokong. Tetapi banyak yang sokong," katanya, sambil menyifatkan penglibatannya itu nanti sebagai "pertandingan sihat" dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang masalah.
Shahrudin juga berkata beliau pernah bertemu dengan Kamarul bagi menyatakan niatnya bertanding bagi pihak PKR tetapi hasratnya ditolak.

"Dulu saya pernah jumpa dia (Kamarul), hendak minta bertanding pakai lambang PKR. Tetapi dia kata tidak boleh," katanya.Yakin mampu membuat kejutan dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini, Shahrudin berkata beliau merancang menggunakan strategi berkempen dari rumah ke rumah bagi menjimatkan wang.Sementara itu, seorang pembantu Kamarul yang tidak senang dengan keputusan Shahrudin itu memberitahu Malaysiakini, tindakan itu dibuat mungkin disebabkan kecewa dengan keputusan PKR memberikan laluan kepada PAS di DUN tersebut.Selama bekerja dengan Kamarul juga, kata pembantu itu lagi, anak tempatan Teluk Kemang itu juga didakwa mempunyai "rekod yang tidak baik".
Pembantu itu, yang enggan dikenali, mendakwa Shahrudin mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas menteri besar dan juga ketua bahagian Umno Teluk Kemang, Tan Sri Isa samad – satu-satunya nama yang dicalonkan bagi mewakili BN.
PAS negeri menyenarai pendek tiga nama untuk diputuskan di peringkat pusat - pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.

Rabu, 2 September 2009

The Jungle Justice.

Tiga Adun Pakatan Rakyat ditahan


IPOH: Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Pakatan Rakyat (PR) ditahan selepas berlaku kekecohan ketika polis berusaha

menghalang sekumpulan Adun pembangkang itu daripada cubaan mengadakan "persidangan" DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mereka yang ditahan iala Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang juga
Pengerusi DAP Perak; Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh (DAP) dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai (PKR).

Polis semalam memperoleh perintah mahkamah yang melarang orang ramai
daripada berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darul
Rdzuan.
Perintah itu diperoleh bagi mencegah perhimpunan haram ekoran notis oleh

bekas Speaker V Sivakumar baru-baru ini memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri Perak" untuk dilangsungkan hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah semalam memberi amaran bahawa
polis akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang terhadap
sebarang perhimpunan haram di kawasan itu.
Bagaimanapun, perintah larangan dan amaran polis itu tidak diendahkan

apabila pagi ini Sivakumar bersama bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas dan 25 Adun yang lain berjalan beramai-ramai dari ibu pejabat DAP Perak di Medan Istana menuju ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk mengadakan "sidang DUN" itu.

Kira-kira 200 meter dari pagar bangunan itu mereka telah disekat oleh polis
dan berlaku kekecohan apabila kumpulan Adun berkenaan bertegas menyatakan bahawa perintah mahkmah yang diperoleh polis semalam tidak membabitkan Adun.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azisman Alias mengarahkan mereka supaya beredar dari kawasan itu kerana keadaan menjadi semakin tegang apabila sekumpulan lelaki tiba di situ sambil melaungkan "Daulat Tuanku".
Pada 10.30 pagi, Nizar dan Adun yang lain kembali ke ibu pejabat DAP untuk
mengadakan sidang akhbar dan beliau mengumumkan bahawa sidang dewan akan
diadakan di Hotel Heritage di sini pada 11.30 pagi ini.
Menurut Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang, persidangan dewan perlu
diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan yang lepas iaitu pada 3 Mac.
Seorang lagi Adun pembangkang, Khalil Idham Lim (Pas-Titi Serong) sedang
menunaikan umrah.
Suasana di perkarangan ibu pejabat DAP kembali tenang pada kira-kira jam 11 pagi apabila kumpulan Adun pembangkang itu mula beredar diikuti oleh kira-kira 100 penyokong yang berhimpun di situ.-- BERNAMA

Selasa, 1 September 2009

Hubungan Hambar Sebab Diri Sendiri.

Hubungan semakin baik: Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam, mengakui hubungan di antara Kerajaan Negeri yang dipimpin Pas dengan Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional semakin baik.

Nik Abdul Aziz berkata, perkembangan itu jelas apabila beliau diundang beberapa kali bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semakin baik (perkembangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat). Saya baru-baru ini dijemput jumpa Perdana Menteri. Saya pun ada pergi ke Pekan jumpa Perdana Menteri.

“Saya baru-baru ini pun ada jemput Perdana Menteri datang merasmikan projek oleh ECER yang dijadualkan suatu masa nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Kemerdekaan Ke-52 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dekat sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang dijalin di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat pada masa kini.

Mengenai tuntutan royalti minyak yang dibuat Kelantan kepada Kerajaan Pusat, beliau berkata, daripada maklumat diperolehinya, memang mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran royalti itu.

“Dari segi ketentuan memang Kelantan berhak. Insya-Allah sempena Ramadan ini Allah buka pintu hati kita semua baik Pusat baik negeri menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Kelantan sebelum ini menuntut Pusat menjelaskan tunggakan royalti hasil pengeluaran petroleum di negeri itu yang dikatakan RM1 bilion setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri ini berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data Jabatan Perangkaan.

"Sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru RM2.7 bilion pada 2008," katanya.

Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini oleh Kerajaan Pusat ia diharap tidak menjadi masalah untuk Kerajaan Pusat membayar royalti itu kepada rakyat Kelantan.

Sebab Mulut Badan Binasa.

Gaduh: Ibu jari nyaris putus

KOTA BHARU - "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

Gara-gara memarahi seorang jiran yang melanggar basikal anaknya, seorang lelaki berketurunan Siam cedera ditetak dengan parang dalam kejadian di Kampung Berek 12 dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi, mangsa Eh Chan a/l Cha Put, 57, yang hampir putus ibu jari dan cedera tiga jari lain pada tangan kiri serta kepala dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai pemandu itu dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menyambung semula ibu jarinya yang hampir putus serta menjahit kesan koyakan di kepalanya.

Eh Chan ketika ditemui di HRPZ II berkata, kejadian berlaku selepas dia memarahi jirannya seorang lelaki yang menunggang motosikal dan terlanggar basikal anaknya yang diletakkan berhampiran rumahnya.

Ekoran itu katanya, berlaku pertengkaran mulut antara mereka menyebabkan jirannya itu tiba-tiba menumbuk mukanya sebelum berlari pulang dan datang semula dengan sebilah parang.

Ahad, 30 Ogos 2009

Pencemaran Akibat Burung

Protes industri sarang burung

MASYARAKAT Cina percaya sajian sup sarang burung mampu mencegah proses penuaan.
WAJARKAH industri sarang burung di Malaysia diteruskan?

BERIBU-RIBU 'motel' burung layang-layang telah dibuka di serata Malaysia. Semuanya gara-gara untuk mengumpan ribuan burung berkenaan untuk mendapatkan sarangnya. Bagi masyarakat Cina, masakan sup sarang burung dianggap sebagai sejenis makanan mewah.

Kawanan layang-layang memilih untuk menghuni di 'motel-motel' yang dibuka khusus untuk mereka. Namun, ketika perniagaan itu rancak berjalan, masalah kekotoran serta bunyi yang membingitkan telinga telah mencetuskan kemarahan dan suara-suara bantahan daripada masyarakat setempat.

Di tengah-tengah bandar Klang, Selangor, pemilik hotel Gold Course telah mengubah suai sebahagian daripada bangunan berbilang tingkat itu kepada sebuah 'motel' burung layang-layang. Bagi menarik minat burung-burung itu untuk membina sarang di dalam rumah konkrit tersebut, pelbagai bunyi kicauan burung dimainkan daripada corong pembesar suara.

Di lokasi berdekatan itu juga, beberapa pengusaha lain turut mengubah rumah-rumah kedai empat tingkat kepada tempat perlindungan burung. Ia sekali gus mewujudkan persaingan sesama mereka. Mereka yang bekerja atau menetap di kawasan berdekatan mula mengasingkan diri daripada kicauan dan najis-najis burung.

"Bunyinya sangat kuat dan membingitkan telinga. Malah, najis-najis burung itu mungkin membahayakan kesihatan kami," kata Abdul Hamid Abdullah, seorang penduduk tempatan kepada AFP, sambil melihat kawanan burung yang berterbangan keluar dan masuk dari bangunan-bangunan tersebut.

Mencegah proses penuaan.

Lelaki berusia 46 tahun itu menambah, burung-burung sepatutnya membina sarang di habitat semula jadi iaitu di dalam gua.

Industri pembiakan burung layang-layang di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1980-an. Namun, ia mula mendapat momentum selepas krisis kewangan Asia yang berlaku pada 1997. Pada ketika itu, pihak pengusaha mula mengubah suai bahagian dalam bangunan-bangunan terbengkalai untuk dijadikan 'motel-motel' burung.

Para penggemar sajian sup yang popular di China, Hong Kong dan Taiwan percaya masakan itu mampu mencegah proses penuaan. Selain itu, sup sarang burung juga dikatakan dapat meningkatkan nafsu seks, mencegah penyakit paru-paru dan menaikkan seri wajah.

Setiap satu kilogram sarang yang berbentuk seakan-akan cawan boleh mencecah harga RM4,000. Margin keuntungan yang besar dan kekurangan kekangan undang-undang menyumbang kepada pembinaan lebih banyak 'ladang' burung layang-layang di kawasan berpopulasi tinggi secara haram.

Kenneth Khoo dari Persatuan Industri Kecil dan Sederhana di Pulau Pinang memberitahu AFP bahawa nilai perdagangan sarang-sarang burung mentah dianggarkan mencecah RM20 bilion di peringkat global.

"Penternakan burung layang-layang di Malaysia adalah satu industri yang kian berkembang. Permintaan yang diterima melebihi bekalan kerana terdapat semakin ramai orang Cina yang kaya," katanya sambil memberitahu sup sarang burung kekal sebagai 'hidangan pilihan' perniagaan makanan di China, Hong Kong dan Taiwan.

APAKAH nasib generasi baru burung layang-layang jika industri sarang burung terus berkembang pesat?

Menurut Khoo, Indonesia mengawal sehingga 70 peratus perniagaan tersebut di rantau ini dengan sarang-sarang burung diperoleh dari gua dan ladang penternakan. Malaysia dan negara Thailand pula muncul sebagai dua pengeluar utama sarang burung di rantau ini.

Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 35,000 buah ladang penternakan burung layang-layang di Malaysia. Namun, hanya sekitar 4,500 pengusaha yang memiliki permit operasi yang sah dalam perniagaan bernilai RM800 juta sehingga RM1.2 bilion itu.

Kerancakan industri yang berkembang sehingga ke perairan barat dan timur Semenanjung Malaysia itu, bagaimanapun mendapat bantahan daripada orang ramai. Malah aktivis-aktivis haiwan turut mendesak aktiviti itu diharamkan sepenuhnya.

Terdapat juga dakwaan-dakwaan tentang kekejaman terhadap haiwan tersebut memandangkan para penternak dikatakan tanpa belas kasihan memusnahkan anak-anak burung serta telurnya. Tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan sarang burung layang-layang ketika harganya melonjak tinggi.

Kumpulan pemuliharaan haiwan, Friends of The Earth turut mengutuk aktiviti perdagangan tersebut. Mereka menggesa kerajaan agar menutup semua ladang penternakan burung layang-layang yang kian meningkat berlipat kali ganda.

"Industri yang berkembang secara drastik itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai. Mereka risau tentang kesihatan dan bilangan 'hotel' burung yang muncul.

"Para pengutip sarang burung tidak sempat menunggu anak-anak burung itu membesar. Jadi, anak-anak burung itu akan dicampak ke lantai atau dibiarkan mati selepas sarangnya diambil," jelas Mohamad Idris, presiden kumpulan tersebut dari cawangan Malaysia.

Bimbangkan masalah yang timbul dalam aspek penternakan, selain 'kebajikan' burung layang-layang, pihaknya menggesa agar kerajaan mengharamkan semua aktiviti penternakan tersebut. - AFP

Rabu, 26 Ogos 2009

Hukuman tetap hukuman

Misteri tangguh hukuman - Campur tangan Peguam Negara halang Kartika disebat

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
26.8.09

WARTAWAN menemu bual bekas model yang bakal dihukum sebat kerana meminum arak, Kartika di rumah keluarganya di Sungai Siput semalam.

KUANTAN - Di sebalik penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sepatutnya ditempatkan di Penjara Kajang kelmarin, banyak tanda tanya timbul dan pihak yang terbabit saling menuding jari menyalahkan pihak lain.

Tidak dapat dipastikan siapa yang benar dalam hal ini, tetapi yang pasti kontroversi itu mendapat liputan meluas termasuk oleh media asing.

Keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika dikatakan bukan kerana mahu menghormati Ramadan tetapi dipengaruhi keengganan pihak Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Demikian dakwaan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar mengenai kegagalan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, 32, seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Beliau mendakwa, pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat melaksanakan hukuman itu mungkin disebabkan mereka menerima tekanan daripada pihak tertentu.

"Penangguhan tersebut tidak ada kaitan dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat dilaksanakan dalam bulan puasa untuk tujuan menginsafkan pesalah.

"Kita percaya pengurusan penjara itu mungkin memohon mendapatkan arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya hukuman sebat ke atas Kartika ditangguhkan. Mungkin ada campur tangan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan Pejabat Peguam Negara juga campur tangan," katanya ketika dihubungi semalam tetapi beliau enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkannya.
Related Posts with Thumbnails