Selasa, 3 Februari 2015

JARANG2 PEMIMPIN MELAYU..Tahniah atas keberanian..

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz Kuala Lumpur: Polis akan berjumpa dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang ini, bagi merakam percakapan beliau berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan itu akan diambil pegawai penyiasat sebaik Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu selesai menghadiri mesyuarat kabinet hari ini. "Polis akan merakam percakapan beliau berhubung kenyataan yang telah dibuat. Dan polis turut akan memanggil pemimpin daripada parti MCA, Gerakan dan DAP yang turut membuat kenyataan berhubung kenyataan yang dikeluarkan menteri terbabit baru-baru ini," katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebentar tadi. Khalid turut menyeru agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun membincangkan secara terbuka isu yang boleh mencetuskan ketidak harmonian di negara ini. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505 B kerana membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kegusaran di kalangan masyarakat. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28543#sthash.oUizapKM.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails